Rabu, 17 Juni 2020

Bayi Pontianak


Nenek kebayan dan bayi pontianak

Cerita org dulu2, nenek kebayan ne adalah manusia nenek2 yg tinggal dihutan sangat lama untuk mempelajari ilmu tentang ubat. Nenek kebayan ne nada suami nada anak.
Nenek kebayan ini tinggal dihutan untuk membuat ubat2 untuk ngubati org2 sakit seperti org lepas beranak. Apabila org sakit beranak nenek kebayan ne akan dipanggil untuk mengubati org sakit itu. Walaupun tanpa alamat diberikan nenek kebayan akan tahu dimana rumah itu. Nenek kebayan tinggal dihutan dan mempelajari byk ilmu semasa membuat ubat. Usul asal nenek kebayan ini bongkok, berambut putih, bebaju kebaya hitam dan kain sarung hitam. Dan tongkat yg dibawanya itu adalah ilmu membuat ubat selama dia berada dihutan.
Pada suata hari nenek kebayan terdengar suara tangisan kanak2 kecil. Nenek kebayan pun mencari tiba2 terjumpa bayi dlm kainkapan putih.
Dimana nenek kebayan tu berada mengubat pesakit yg susah beranak nenek kebayan pasti akan membawa bayi itu. Bayi itu dijaga oleh nenek kebayan. Nenek kebayang anggap yg bayi itu bayi manusia dia tidak tahu itu bayi pontianak. Bayi itu pantang mencium darah. Bayi itu diperlihara sehingga besar.
Pada suatu hari semasa nenek kebayan dipanggil untuk mengubati org sakit beranak. Bayi tu pun nenek kebayan bawa bersamanya didalam selendang. Disatu masa, nenek kebayan terpaksa kedapur merebus daun ubat untuk pesakitnya, nenek kebayan pun mengampai bayi itu bersebelahan dgn pasakitnya. Masatu pesakit nenek kebayan mengalami tumpah darah, tidak disangkakan bayi ini berunggau kekaki pesakit ini dan menjilat darah perempuan ini. Nenek kebayan pun masuk keruang itu untuk memberikan pesakitnya minum. Tiba2 nenek kebayan itu melihat bayi itu menjilat darah pesakitnya dan bertukar semula menjadi pontianak. Disinilah dimana pontianak kembali. Selepas nenek kebayan menghalau pontianak itu. Nenek kebayan pun mengubati pesakit ini dan selepas selesai nenek kebayan ne pun pergi masuk kehutan dan tidak datang2 lagi. Nenek kebayan hanya keluar waktu malam di hutan2 mencari daun2 untuk dijadikan ubat. Sesiapa yg sesat ataupun perkara buruk akan tejadi semasa dihutan. Nenek kebayan ini akan datang menjelma dan memberi kita peringatan. >wallahwahlam sekian



Sumber 

 Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club